Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam | Dalam Labour Room


Sambung post I yang sebelum ni, I memang dah nekad nak bersalin di Hospital Shah Alam jadi I banyak google pengalaman orang bersalin di sana. I terus ke PIC, dari pintu utama tu belok kiri, betul-betul sebelah emergency. Masa daftar hanya ibu mengandung je dibenarkan masuk so tak payah la nak suruh sesiapa teman. Masa daftar nurse tanya kenapa datang hospital, I cakaplah ketuban dah pecah. Dia minta IC dan buku pink lepas tu suruh I baring dekat katil. Tak sampai 5 minit ada nurse datang pasang tali dekat perut I. I tak pasti apa nama mesin tu tapi yang I tahu untuk baca contraction. Lama juga I dalam bilik tu sebab nurse cakap bacaan tak cantik, baby I tido dan I masih tak faham sebab apa dia pasang mesin tu dekat I. Haha...



Dah dekat sejam lebih baru I dibawa naik ke labour room. Masa I sampai I dengar nurse dengan Dr mengomel sesama sendiri cakap 'ada lagi'. Haihhh I faham sangat dah tapi I buat bodoh je. I memang tahu yang Hospital Shah Alam ni sentiasa penuh dengan ibu bersalin, tapi sebab I memang dah check up dekat KK Shah Alam jadi I tetap nak bersalin di sini jugaklah. Dr suruh I ke bilik 1, dia nak check bukaan. I dah mula rasa tak selesa, sebab pertama I tahu sakit, kedua sebab Dr yang check lelaki. Nak request Dr lain macamlah boleh sangat, redo jela.


Kalau ikutkan memang segan sangat tapi nak buat macam mana, ikutkan jela. Dr check cakap bukaan masih 1cm, dia bagi masa 12 jam untuk capai bukaan 10cm, if not kena induce. Dia terus cakap 'you dah kena admit tapi wad tak ada kosong' so I kena tunggu dekat labour room sementara tu. Nama I dalam waiting list, masa tu ada 21 orang lagi yang masih menunggu wad. Dia bagi I baju hospital suruh salin and suruh bagitahu suami untuk register nama I di bawah. Nasib baik husband dah sampai dari Puncak Alam masa tu so senang sikit urusan, tak ada nak susuahkan bapa mertua.



Lepas daftar, husband hanya dibenarkan jumpa di ruangan menuggu labour room sahaja. Ada bilik khas untuk pelawat especially husband, tapi cuma seorang pelawat sahaja dibenarkan sekali masuk untuk satu pesakit. Rupanya mak I dengan nenek I pun datang masa tu. I pun terkejut sebab I dah cakap tak perlu datang, tapi tetiba muncul je dekat bilik menunggu. Mak dengan nenek I bagi pesanan macam-macam dan disebabkan I tak rasa sakit nak beranak lagi diaorang pun balik. I yang suruh balik sebab buat penat je nak tunggu. Tinggallah suami I je dekat ruangan menunggu, I pulak duduk dekat ruangan menunggu dalam labour room sebab panas dekat ruangan menunggu dekat luar tu. Kesian suami kena duduk sorang-sorang. Haha.. Bila dah petang tu I suruh dia balik mandi, lepas isyak nanti datanglah balik sebab I dijadualkan untuk induce pukul 2pagi.  



Sementara dekat labour room tu macam-macam I nampak dan dengar, yela dah duduk situ sepanjang hari tak buat apa-apa. I banyakkan berjalan mundar mandir sambil baca doa nabi yunus tapi masih tak ada  rasa contraction. Di sekeliling I ada yang duduk melayankan contraction, ada yang menangis, ada yang terjerit-jerit sakit, ada yang mundar mandir macam I, ada yang santai je, macam-macam orang. I sempatlah kenal dengan beberapa orang yang menunggu wad macam I juga. Diaorang banyak yang admit sebab overdue. Ada yang anak pertama, ada yang kedua, dan ada yang nak lahirkan anak ke 8. Macam-macam cerita pengalaman bersalin I dapat daripada diaorang. Jadi tak bosan sangat menunggu. Malam tu lepas Isyak husband datang bawa makan malam. I siap boleh minta Mcd lagi, dia bawakkan. Hehe... malam tu dia setia meneman dekat ruangan menunggu sementara I di ruangan menunggu labour room. I keluar sekejap-sekejap jenguk dia sebab I rasa panas je dekat luar. Padahal husband cakap dia rasa sejuk je. Dia pun tak kisah I duduk dekat dalam. 


Patutnya pukul 2.30am I kena induce sebab dah 12 jam tapi Dr kasi extend lagi 12 jam sebab bukaan terbaru masih 2cm. Diaorang ada drip I dengan ubat apa tah, I tak ingat tapi untuk anak katanya. Tapi I dapat tahu info lambat, pukul 3am baru I tanya nurse kenapa I tak dipanggil lagi. Kesian suami I tunggu, pukul 4 pagi, I suruh dia balik tido, esok pagi jela datang.



Pagi besoknya I dah mula tak selesa, malam bukannya dapat tido pun. Adalah aku baring sekejap dekat kerusi menunggu tu tapi mana nak selesa dengan perut memboyot macam tu. Sepanjang malam ramai juga yang bersalin, ada dengar tangisan baby dari bilik-bilik bersalin. Ada yang terjerit-jerit sakit, buatkan kitaorang yang dekat luar ni yang rasa nervous. Ada yang petang datang, malam ni dah bersalin, kitaorang yang menuggu lama ni stress je sebab tak cukup rehat.


Husband datang bawa sarapan dalam pukul 8 macam tu and then masih setia menunggu di ruangan menunggu bersama husband-husband lain. Kitaorg macam dah dapat geng dah, sebab lama kan duduk situ. I sekejap-sekejap je pergi dekat hubs sebab panas, haha... banyakkan masa dalam labour room so macam-macam ragam I dapat tengok. Ada yang jenis degil yang tak nak dengar cakap nurse pun ada.


Dah tengahari baru I dapat tahu I dijadualkan pukul 3.30ptg utk induce kali ni, so lepas makan tengahari I suruh husband balik dulu. Husband tanya nak makan apa tapi I tak ada selera, so dia beli je nasi campur, kitaorg makan sama-sama sambil dia suapkan. Memang masa mengandung ni I banyak mengada-ngada, I suka dia suapkan makan, memang berselera terus walaupun makan biasa-biasa je.



I punyalah dah ready tapi pukul 4 petang baru nurse panggil check bukaan baru 3cm. So Dr cakap dia akan jadualkan I untuk bersalin bila ada bilik bersalin yang kosong sebab sekarang ni bilik semua penuh. I dah tercengang sebab dah lebih daripada 24jam, tapi Dr cakap dia check heartbeat baby masih okay. So postpone, then I tengok dekat whiteboard diaorang dah jadualkan I pukul 9pm. I dah mula stress sebab dah penat dan tak selesa. Husband pun nampak tak tenang juga, yela dah lebih 24 jam dekat hospital tapi I masih tak bersalin walaupun ketuban pecah. I suruh dia balik dan datang balik lepas maghrib sebab pukul 9 I dijadualkan untuk bersalin. Husband belikan I makan malam pada waktu petang dan suapkan I makan. Menu macam semalam juga nasi campur, memang berselera I makan sebab dia suapkan.


Lepas maghrib husband datang dan cuba tenangkan I sebab I dah mula takut. Berapa kali I minta maaf dekat dia sebab I memang banyak dosa pun dengan dia. Masa mengandung I banyak cari pasal tak memasal, nasib baik dia banyak sabar. Pukul 9 lebih nurse panggil I untuk masuk bilik check up. Diaorg suruh I baring je, I ingatkan ada check up atau apa tapi tak ada pun. Lama gila, kalau I tahu, I tido je, sebab I memang dah mengantuk masa tu dan dah dekat 2 hari I tak baring, so rasa letih sangat. Tapi sebelum tu I dah makan kurma siap-siap sebab takut I deliver tak ada tenanga langsung.


Dalam pukul 10pm, nurse panggil suruh masuk labour room. I dah berdebar sebab kebayakkan yang masuk labour room ditolak ke dalam, I berjalan dengan rela. Bergeletar jugaklah kaki, nasib baik I dah kencing awal-awal. I baca kalau nak terkecing dalam labour room, nurse akan cucuk tube dalam pundi kencing so I takut kena, I kencing siap-siap. Masa lalu bilik labour room yang lain I serious berdebar-debar, bila masuk labour room I rasa macam menyerah diri untuk diseksa je.



I disuruh untuk baring dan seperti biasa nurse akan check jantung baby dengan contraction dulu. Lepas tu midwife explain yang dia akan pecahkan ketuban I then induce I selama 2 jam. Kalau bukaan I masih kecil, I akan kena induce lagi 4 jam dengan dos yang lebih kuat. I berdebar dengar dan berharap sangat I tak kena induce yang kedua tu. 


Seperti yang dikatakan, lebihan ketuban I dipecahkan, midwife keluarkan macam lidi yang panjang, haihhh... nak terkincit I tengok. Then dia cucuk bawah tapi tak sakit pun, rasa air suam mengalir je. Lepas beberapa minit I nampak perut I mengecik, tapi masih ada bonggolan kecil. Kemudian perut I dikat untuk monitor jantung baby dengan check contraction. Tak lama lepas tu I dimasukkan drip, (induce), I cakap dekat midwife yang tangan I belah kiri ni dah bengkak tapi dia tanya I nak kena cucuk lagi ke, so I cakap tak apalah. 



Seingat I masa tu dalam pukul 11 malam, I dah mula sakit setiap 15 minit tapi I masih boleh tahan lagi, I berharap sangat dalam tempoh 2 jam ni bukaan I akan buka banyak so I boleh start deliver. Sepanjang 2 jam tu I banyak tanya midwife walaupun I dah sakit tapi I curious bila nak habis, nampaklah midwife 2 orang yang dalam bilik macam dah bengang dengan I tapi diaorang layankan juga soalan I. Tak lama lepas tu diaorang tinggalkan I sorang-sorang terbaring sambil menahan sakit. Sebab I kena tinggal sendiri melayan sakit, I asyik pandang jam dingding yang besar dalam labour room tu dengan harapan cepatlah selesai.


Pukul 1 pagi midwife masuk dan check bacaan I, dia kata dia akan induce I yang kedua. I rasa macam nak menangis dah, sebelum tu dia tanya I ada nak kencing tak, sebab takut punya pasal I cakap tak ada. Lepas tu dia marah cakap takkan tak ada rasa nak kencing, dah 2 jam dah ni. Air masuk dah banyak, lepas tu dia ambik tube dan cucuk dekat bawah, rupanya menyengat je sikit, lepas tu lega rasa air kencing keluar, rasa ringan. Hahaha... Sampai dia cakap, ni banyak u kencing ni. Haha...




Selesai tu, dia nak masukkan lagi satu drip dekat tangan I. I cakap yang benda dekat tangan ni nak tertanggal, tube kecik dia yang dekat salur darah tu dah nak terkeluar, boleh dia tolak je masuk ke dalam walaupun lagi sikit nak terkeluar. Sakit gila, then dia masukkan drip kedua, tak sampai seminit I cakap tangan I sakit sangat, tak boleh nak gengam pun, barulah dia cucuk tangan kanan I, masukkan drip dari belah sana. Habis dua-dua tangan dah sakit tambah lagi dengan sakit contraction, lemah dah I dibuatnya.


I ditinggalkan dalam bilik tu sorang-sorang lagi, memang midwife tak tipu yang induce kedua ni 4x ganda kuat dan memang sakit. Setiap 10 minit akan ada contraction kuat gila selama 5 minit, rasanya tak boleh digambarkan. I terbaring perhatikan jam baru 1.30pg, lama lagi nak habis sesi yang ni tapi I dah rasa longlai dah. I tahankan juga, air mata dah mengalir, I menahan sakit tapi I cuba tak jerit walaupun sakit gila. I ketap gigi, jadi dalam bilik hanya dengar bunyi mesin dengan jam dingding. Sejam berlalu, I dah mula dapat corak dia, 10 minit rest, 5 minit contraction. Dalam masa 10 minit tu I boleh tertido sebab penat sangat, tapi bila contraction datang 5 minit tu, rasa macam kena seksa dalam mimpi. Besi tepi katil tu I pegang kuat gila setiap kali contraction. Terasa segala urat kaki tegang sebab I menahan sakit seluruh badan.



Pukul 2 pagi midwife masuk jenguk lagi, I cakap yang I tak tahan dah. Dia cakap awal lagi, tapi agaknya dia kesian tengok I, dia check bukaan I, baru 5cm. So kena tunggu lagi. I sedih, dalam fikiran I nak cepat habis je. I rasa macam dalam torture room pun ada. Lagi sekali I dtinggalkan, dan lepas sejam berlalu akhirnya I menjerit sebab kali ni memang sakit teramat. Midwife datang check bukaan baru 7cm, dia kata awal lagi. I cakap tak tahan sangat, betul-betul nak teran dah ni. Dia kata jangan teran, bukaan belum besar lagi. I cakap memang tak boleh tahan, I dah terteran sendiri walaupun I cuba tahan, lepas tu dia kata okaylah. 


Dia ajar I teran, mula-mula posisi terlentang yang biasa kita tengok dekat TV tu, dalam 5 minit I teran kepala baby masih tak nampak. Then midwife ajar posisi mengiring, tapi I tak selesa posisi tu, lepas 5 minit pun tak nampak kepala baby. Midwife kata saya bagi awak lagi satu peluang, kalau kepala baby tak nampak awak kena tunggu lagi. I kembali posisi terlentang dan kali ni I teran kuat-kuat dan lepas beberapa minit midwife nampak dah kepala baby. I dah semangat sikit. Dia suruh I ambik nafas dan teran, tapi bila lepas beberapa kali teran I dah mula penat plus aku asyik kena marah sebab angkat punggung walaupun tak sedar.



'Puan teran lagi, jangan stop kepala baby dah nak keluar ni, nanti baby lepas'
'Puan jangan angkat punggung'
'Puan saya akan gunting sikit untuk bantu percepatkan keluar baby'
'Degil betul la u ni, jangan angkat punggung nanti koyak lagi banyak u kena jahit nanti'
'Push lagi puan, tarik nafas'


Mulut I pulak asyik la minta maaf dekat midwife 2 orang tu. Sebab I tak sedar pun I angkat punggung. I rasa adalah dalam 3 minit kot, lemah dah rasa, kemudian I nampak husband masuk bilik. I rasa lega, nak nangis pun ada. Muka dia macam terkedu masa masuk, tapi dia cepat-cepat jalan berdiri dekat kepala I. Dia usap-usap kepala I dan cakap kepala baby dah keluar dah tu, dan bisikkan kata-kata semangat dekat telinga. I terus rasa semangat, terus I teran lagi dan akhirnya baby keluar walaupun banyak kali kena marah dengan midwife. Alhamdulillah syukur sangat bila baby dah selamat keluar dan dengar tangisan dia.


Midwife angkat baby dan terus letak dekat dada I. Ya Allah, rasa bahagianya tak dapat nak cakap. I terus menangis masa tu, suami I azankan dekat situ juga. Midwife bagi beberapa minit kitaorg bertiga. I tengok anak elok je atas dada, mata tertutup tak menangis pun lepas letak dekat dada.  Suami I cium dahi I dan ucap terima kasih sebab lahirkan anak dia, memang nampak dia happy sangat masa tu. I pun mula rasa sebak tapi tak jadi nak nangis sebab midwife masuk suruh husband keluar untuk uruskan apa entah.



Ada nurse datang bawa milo panas kasi I minum pakai straw. Cepat gila I sedut, rasa sedap gila pula milo tu. Nurse pun ambil anak I dan bawa ke luar bilik dan I bersiap sedia untuk penyeksaan kedua dan ketiga. 
Kena keluarkan uri pulak. Tak sakit sangat pun lepas dah lalui contraction, tapi ambil masa jugak midwife keluarkan uri. Yang lama sebab dia keluarkan lebih lebihan darah, I dapat rasa lepas dia seluk darah mengalir keluar banyak, walaupun tak nampak. Bagus juga midwife tu, dia betul-betul buat kerja, tak malas. Dia cakap rahim I dalam sangat, so dia ambil masa nak keluarkan apa yang patut. Bila dah selesai mula proses mejahit. Ya Allah... I ngeri gila tapi dalam otak I cuba fikir positive je.


Midwife kata dia bagi I ubat tapi ubat tu tak lama pun, lepas beberapa minit I dah rasa sakit. Memang terangkat-angkat kaki dengan punggung dan sekali lagi I kena marah. I tak henti-henti minta maaf tapi memang reflex macam tu so I tak boleh buat apa. Midwife cakap I okay je, diam je nak bersalin tapi asyik angkat punggung la. Lama juga dia jahit sebab lepas beberapa minit I dah mula rasa jarum tu. Pedih oii... Lepas jahit dia pakaikan I pad dan tinggalkan I dalam bilik penuh dengan darah. I ingatkan sekejap tapi adalah juga dekat sejam I terlentang dalam labour room, sampai ada cleaner masuk bersihkan bilik tapi I masih dibiarkan. 



I panggil-panggil nurse tapi tak ada siapa datang. Sunyi je dekat luar tu. Adalah dekat sejam I terlentang baru I nampak suami I bawa wheelchair. Midwife I pun datang balik. Suami I sorong I keluar, masa dia sorong I keluar tu I tak tahan air mata. 


I menangis sebab rasa lemah sangat, rasa macam segala tulang-tulang dah patah. I nampak ibu-ibu lain yang dah lepas bersalin muka semua sembap tapi I sorang je menangis dekat situ. I malu juga, tapi tak boleh nak tahan. Suami I pujuk jangan nangis siap cium kepala lagi. Dia tersengih-sengih happy sambil tengok anak dia dalam cot baby. I tak tahu kenapa I macam lagi sedih bila tengok dia happy tersengih padahal I terpaksa hadap sakit sorang-sorang. Husband sorong I ke wad, nurse pula sorong baby I. Adalah dalam 5 orang ibu yang lepas bersalin masuk wad sekali dan I tak berhenti menangis sepanjang perjalanan ke wad. 


Dah masuk wad pun masih lagi menangis, nanti I sambung entry masa dekat wad pulak




7 comments

  1. Bila baca pengalaman ni teringat kenangan lahirkan baby kt hospt shah alam ni.

    ReplyDelete
  2. Skrg hospital shah alam penuh giler. Dh sehari duduk kat PAC tak dpt masuk wad lg. Ada yg dr PAC terus ke labour room. Sy terpaksa tunggu sb dh overdue tp jalan belum bukak kena induce kat ward. Better g hospital lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya di sana pun sama, memang pack, I tak dapat ward pun walaupun 24 jam menunggu dekat labour room tu jela. Memang disarankan pergi hospital lain kalau tak larat nak tunggu. I dulu macam nak pergi hospital lain tapi sebab rumah mertua 5 minit je dari hospital ni so sabar je la. At least dari menunggu lama-lama suami boleh balik rehat dekat rumah.

      Delete
  3. Di hospital shah alam doktor sambut baby, check up dan nurse semua perempuan atau ada jugak doktor lelaki?
    Boleh request doktor perempuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang tak boleh request sebab bukan hospital private. Kira ikut nasiblah, ada je doctor lelaki.

      Delete
  4. Ya Allah, saya sebgai suami, saya baca saya pulak yg takut. mudah-mudahan, semua berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.